CHONG CHUNG MEE

Salam sejahtera kepada semua. Ini adalah pertama kali saya membina blog sendiri, saya amat gembira kerana dapat berkongsi blog saya dengan kawan-kawan. Harap semua kawan-kawan memberi tunjuk ajar kepada saya. Sekian terima kasih!

Tsunami

Pusat gempa bumi dan tsunami di Jepun berada pada kedudukan lebih 4,000 kilometer daripada tempat tinggal kami (di Utara Sabah), namun perasaan takut dan berjaga-jaga tetap ada disebabkan rumah kami memang hampir dengan pantai. Tambahan pula, hujan lebat sekali-sekala disertai dengan tiupan angin yang agak kencang sejak awal malam hingga tengah malam tadi menyebabkan hati tidak tenteram.


Lebih mengerunkan setelah melihat kesan daripada gempa bumi dan tsunami yang berlaku di Jepun petang tadi. Kalau mengikut laporan berita, polis Jepun melaporkan sejumlah 200 hingga 300 mayat telah ditemui di pantai timur laut negara itu. Berkemungkinan juga jumlah sebenar lebih besar.